☺ Shah Space 2011 ☺

Tahun baru…selalunya orang kaitkan tahun baru dengan azam baru. Tapi, dah berbelas tahun asyik dengar bila tahun baru jew semua sibuk hendak fikirkan azam yang baru. Walhal, azam yang dulu itu dah tercapai ke belum? Hahahax...lawaklah orang melayu kita ni, suke tukar azam setiap tahun baru. Tambah melucukan apabila tahun baru menjengah kita, azam yang baru pun terciptalah. Tetapi, usaha untuk mencapainya tidaklah sehebat mana pun. Azam setinggi gunung tapi tiada ikhtiar dan usaha untuk mencapainya. Ingat, “REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK”.
Tapi bagi aku tahun ini berbeza sedikit, aku tidak ada azam yang nyata. Bukanya apa, aku ini bukan jenis yang hipokrit. Orang lain ada azam, aku pun nak kena ada azam juga ke? Aku jenis yang tidak suka merancang apa-apa sekiranya terlalu awal. Macam kata Nadia AF, REDAH JEW... Sebelum ini aku memang tidak berapa nak cerdik sikit, macam-macam azam tercipta setiap tahun. Tapi tahun ini aku lebih bijak sikit sebab tidak menaruh apa-apa harapan yang tinggi. Nanti kalau berazam sangat takut kecewa pula nanti. Tambah-tambah tahun ini nak SPM. Kawan-kawan mesti sume dah ada perancangan nak dapat berapa A+ dalam SPM. Hah...tetapi bukan aku....
Apa nak berlaku...berlakulah, aku terima apa adanya nasib yang ditentukan Allah kepada aku. Sudah tak larat aku nak meratapi nasib hidup. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan salah satu ujian daripada Allah. Kalau hendak diikutkan hidup aku ni penuh dugaan, banyak sangat. Rasanya semua orang setuju kalau masalah akan rasa lebih ringan kalau kita kongsi dengan orang. Tapi aku belum bersedia nak cerita masalah aku yang sebenarnya dekat orang lain. Aku cuma cerita dekat seorang saja yang aku rasa mungkin faham aku. Tapi sekarang dia pun dah macam tak nak dengar dah, letih kot dengar masalah aku yang tak berkesudahan ni. Apa-apa pun, HIDUP MESTI DITERUSKAN........SHAH, CAYOKK-CAYOKK!!!
Tahun 2011, aku tak ada azam yang jelas pun, Cuma menjelang 2011 aku ada satu misi yang nak diselesaikan. Misinya bertajuk SHAH SPACE 2011. Tahun 2010 aku mulakan blog aku dengan tema warna ungu dan diakhiri dengan tema warna merah hitam. Rasanya siapa yang cukup mengenali aku mesti tahu yang aku suka sangat dengan warna hitam. Jadi, tak hairanlah kalau tahun depan aku bercadang nak pastikan blog aku dalam tema yang mempunyai warna hitam. Cuma aku tak pasti hendak warna apa. Wahai pembaca-pembaca blog aku, berikan aku idea. Sama ada warna “BIRU & HITAM” atau “JINGGA(OREN) & HITAM” atau “PUTIH & HITAM” atau apa??????? Yang pati ada hitam. Kalau korang ada idea yang bernas, TINGGALKAN KOMEN DAN CADANGAN ANDA SELEPAS MEMBACA.
Banyak kerja hendak dibuat bila nak tukar tema ni. Pertama kena tukar banner. Tukar ke tahun 2011, tukar warna mengikut tema. Banner kena dalam corak yang lain, nanti taklah setiap kali buka blog, sama saja, yang berbeza post je. Pastu kena tukar ikon pada tab, kenalah juga mengikut tema warna blog aku nanti. Nak tukar ikon dekat tab itu senang je, aku pun belajar sendiri je. Lepastu, tak lupa juga, lagu-lagu kenalah yang “up-to-date”. Taklah nanti bila buka blog lagu yang sama, tak pun lagu yang tak pahapa, “menyampah cek dengaq”. Yang paling penting, templete blog aku kena ikut warna tema nanti. Nak cari templete yang susah tu. Kena cari yang trendy dan bukan yang OLD SCHOOL. Aku sebenaarnya teringin juga nak tuka http://shah28.blogspot.com menjadi http://www.shah28.com atau http://www.shahspace.com,  nak buang pekataan “blogspot” tu, tapi malangnya aku dah cuba dah, kene bayarlah. Aku dah la tak ada kad kredit, nak bayar setiap tahun macam mana????
Tapi apa yang penting, aku buat blog ini untuk hiburan dan tempat untuk kita bertukar-tukar pendapat, bertukar idea, berkongsi maklumat, meluah pandangan, mengupas isu terkini dan untuk korang semua yang sudi memebaca juga. Aku buat blog ini bukan nak bangga-bangga, menunjuk-nunjuk, menyaingi sesiapa atau menindas sesiapa, semua ini hanyalah SUKE-SUKE JEW...






5 comments:

ilman hizami said...

i think u better put
black and white plus pink...
hehe...

:D

hurmm...cantik jugak wane 2, tapi x jambu sangat kew?

ilman hizami said...

hmmmm...
white+black+oren...
ok kannnn...

hahax...okey jugak, akan di fikir-fikirkan....eh, nk tanye nie, ape blog ko erk?

ilman hizami said...

http://eilstory.blogspot.com/

nie blog aq...
x cntk pon...
hehe